Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Tiada rakyat M'sia jadi mangsa kejadian tembak di Perancis

04 Julai 2017 10:35
39 0
Tiada rakyat M'sia jadi mangsa kejadian tembak di Perancis

Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian tembak di Avignon, sebuah bandar raya di selatan Perancis pada hari Ahad.

Dalam kenyataan semalam, Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di alamat 2 Bis Rue Bénouville, 75116 Paris, Perancis atau menghubungi talian +33145531185 atau emel [email protected]

Menurut laporan, lapan orang cedera dalam kejadian itu, yang berlaku di luar Masjid Arrahma di bandar raya itu pada 10.30 malam.

Wisma Putra juga mengutuskan ucapan simpati yang amat mendalam kepada mangsa kejadian itu.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0