Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

SPRM ambil keterangan KP agensi penguatkuasa berhubung set golf

15 Jun 2017 4:59
16 0
SPRM ambil keterangan KP agensi penguatkuasa berhubung set golf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan seorang ketua pengarah agensi penguatkuasaan semalam berhubung set golf bernilai lebih RM40,000 yang diterimanya.

Menurut sumber SPRM, keterangan itu diambil di pejabat ketua pengarah berkenaan di Putrajaya.

Tiga pegawai termasuk pembantu peribadi ketua pengarah terbabit turut diambil keterangan berhubung kes itu, katanya.

"Lelaki berusia 50-an itu dipercayai menerima set golf bernilai lebih RM40,000 daripada pihak tertentu.

SPRM mengambil keterangan beliau di pejabatnya semalam dan siasatan sedang dijalankan, kata sumber SPRM itu.

Sumber itu berkata tiada tangkapan dibuat berhubung kes itu setakat ini.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0