Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

PM Singapura jelas isu rumah bapa di Parlimen

03 Julai 2017 8:21
23 0
PM Singapura jelas isu rumah bapa di Parlimen

GLOBAL l Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dijadual menyampaikan Kenyataan Menteri pada sidang Parlimen hari ini berhubung rumah mendiang bapanya Lee Kuan Yew di Oxley Road dan menyangkal tuduhan terhadap beliau dan kerajaan.

“Membuat Kenyataan Menteri di Parlimen hari ini berhubung 38 Oxley Road dan tuduhan terhadap saya dan kerajaan,” katanya dalam catatan terbaru di laman Facebooknya.

Selain Kenyataan Menteri, dipercayai terdapat lima soalan lisan berhubung perkara itu yang akan diutarakan kepada Perdana Menteri sempena persidangan Parlimen yang diadakan pada 11 pagi ini.

Setakat ini, tiada soalan bagi jawapan bertulis berhubung isu itu untuk Lee.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean juga akan membuat Kenyataan Menteri mengenai Jawatankuasa Menteri bagi 38 Oxley Road.

Dalam kenyataan beliau pada 19 Jun berkaitan rumah itu, Lee berkata semua anggota Parlimen berpeluang mengajukan soalan bagi diri sendiri dan pengundi mereka.

Malah Lee turut mengarahkan ‘whip’ Parti Tindakan Rakyat (PAP) dimansuhkan.

Beliau menggesa semua Anggota Parlimen termasuk Ahli Parlimen bukan anggota PAP, agar meneliti isu itu secara mendalam dan mengajukan soalan kepada beliau dan anggota Kabinet.

Lee berharap pendedahan penuh di Parlimen itu akan merungkai keraguan dan mengukuhkan keyakinan terhadap institusi dan sistem kerajaan.

Perdana Menteri sebelum ini meminta maaf kepada warga Singapura berhubung perbalahan peribadi yang tercetus antara beliau dan adik-adiknya mengenai rumah bapa mereka, perdana menteri pengasas Singapura itu.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0