Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Najib mohon batal saman Ezam

14 Julai 2017 3:26
45 0
Najib mohon batal saman Ezam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman AS$ 3.657 bilion oleh bekas senator, Datuk Ezam Mohd Noor terhadapnya atas kerugian yang ditanggung 1MDB.

Peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa permohonan untuk membatalkan saman itu disampaikan kepada peguam Ezam semalam.

Mereka juga telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu permohonan membatalkan saman itu.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad juga menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 22 Ogos.

Hafarizam berkata 15 lagi defendan yang dinamakan dalam saman tersebut, termasuk pengarah 1MDB dan bekas pengarahnya, telah menyatakan bahawa mereka akan memfailkan permohonan yang sama pada 22 Ogos.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0