Video hudud BFM cetus kemarahan

20 Mac 2015 7:13

390 0

Video hudud BFM cetus kemarahan

Satu video terbitan stesen radio BFM yang mengulas mengenai usaha kerajaan Kelantan untuk melaksana hudud negeri itu menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna Internet.

Kalangan pengguna Internet tersebut antara lainnya mempersoalkan sikap wartawan BFM, Aisyah Tajuddin yang didakwa "mengutuk" hudud dalam video tersebut.

“Mentaliti yang rendah. Bercakap mengenai hudud tanpa ilmu,” kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @hencekHAIKAL.

Tidak kurang juga yang mengingatkan Aishah bahawa hudud merupakan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah.

‏@alfaqir_ilalloh: “Kalaulah hudud tu hukum manusia, boleh la kamu nak buat main-main”

@hanifsabri: “Mengutuk hudud adalah sama seperti mengutuk agama Islam dan hukum Allah,” kata ‏@hanisabri.

‏@ErahSoo: "Bukan masuk Kelantan je kena tutup aurat, awak duduk kat bumi Allah ni memang kena tutup aurat #AisyahSekilas."

Dalam video berkenaan, Aishah antara lain menyampaikan mesej bahawa kerajaan negeri Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.

“Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat untuk isu yang penting,” katanya lagi dalam rakaman video sepanjang hampir dua minit itu.

Dengan sinis, Aisyah dalam video bertajuk “Hudud isi periuk nasi?” turut menunjukkan bungkusan nasi lemak yang didapati tidak mengandungi isi.

Video berkenaan yang ditonton oleh lebih 3,000 orang itu diterbitkan tidak lama selepas kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pelaksanaan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu.

BFM ketika dihubungi Malaysiakini berkata mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung video berkenaan.

Sumber: malaysiakini.com

Ke laman kategori

Loading...