Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Lagi laporan polis terhadap Siti Kasim, David Orok

12 September 2017 4:49
489 0

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap peguam Siti Kasim dan David Orok di Ibu Pejabat Daerah Sentul, jam 11 pagi tadi.

Laporan yang dibuat ketuanya, Mohd Farkhan Md Zain, ekoran kebiadaban peguam Siti Kasim dan David Orok yang mengeluarkan kenyataan menghina Islam, baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat di hadapan pegawai Nur Fatin Farhana Abd Mutalib dan turut disertai barisan exco Pemuda Wilayah Persekutuan.

Laporan polis itu diadakan oleh Dewan Pemuda PAS negeri-negeri bermula di Sabah semalam, dan serentak di seluruh negara hari ini.

Siti Kasim sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bahawa al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya adalah dari Tuhan.

Sumber: harakahdaily.net

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0