Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Khir tarik balik permohonan semakan pelucuthakan harta

10 Julai 2017 2:26
39 0
Khir tarik balik permohonan semakan pelucuthakan harta

Bekas menteri besar Selangor Khir Toyo dan isterinya menarik balik permohonan semakan kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan pelucuthakan rumah besar mereka.

Timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata permohonan itu ditarik balik atas nasihat peguam Khir.

Khir sebelum ini memfailkan semakan untuk mendapatkan penjelasan bagaimanapun pelucuthakan itu akan dilakukan. Rumah itu dimiliki bersama dengan isterinya Zaharah Kechik.

Ini kerana Zaharah tidak didakwa di mahkamah dan pemilikannya terhadap rumah itu tidak dilucuthakkan.

Khir sebelum ini dijatuhi penjara setahun kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan tanah dan rumah itu. Arahan pelucuthakan terhadap harta tanah itu turut dikeluarkan.

Khir diberikan parol pada 29 Mac 2016 selepas dipenjarakan enam bulan di Penjara Kajang.

Bawah sistem parol, banduan yang menghabiskan hukuman di luar penjara dan tinggal bersama anggota keluarganya bawah pengawasan pegawai parol.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0