Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Isu model Shell: Armada BERSATU bidas Abdullah Zaik

06 Julai 2017 7:40
6 0
Isu model Shell: Armada BERSATU bidas Abdullah Zaik

Mereka yang percaya wanita tidak sepatutnya bekerja sebagai model disifatkan jahil terhadap permasalahan sebenar iaitu lelaki perlakukan wanita sebagai objek seks.

Ini, menurut Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, adalah punca kontroversi yang membabitkan replika wanita yang sebelum ini digunakan sebagai kempen promosi di stesen minyak Shell.

Insiden itu menarik perhatian daripada Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman yang mengatakan 'wanita bermaruah' tidak sepatutnya menerima pekerjaan model, berpakaian dengan baik atau sebaliknya.

Jelas Syed Saddiq, Abdullah Zaik dan semua lelaki tidak berhak untuk menentukan mengenai pemakaian wanita atau nilai maruah mereka.

"Ia agak mengganggu serta menjadi satu lagi cara untuk menyalahkan wanita dengan mengelak kebertanggung jawaban pelaku dan meletakkan tanggungjawab terhadap wanita itu," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Abdullah, wanita dalam iklan adalah satu bentuk eksploitasi dan tidak bersifat Islam. Beliau berkata, adalah 'semula jadi' untuk mana-mana lelaki menjadi 'terangsang' ekoran wanita dalam iklan.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0