Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Harap lebih ramai calon wanita BN pada PRU14

14 Julai 2017 8:59
47 0
Harap lebih ramai calon wanita BN pada PRU14

Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) menjangka lebih ramai ahlinya dicalon untuk bertanding dalam pilihan raya umum le-14 (PRU14), berbanding dengan pilihan raya umum lepas, kata naib ketua pergerakan itu, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata calon berpotensi, yang berkaliber tinggi dengan memberi khidmat cemerlang kepada rakyat, telah dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk pertimbangan.

Menurutnya, calon yang disenaraikan itu adalah mereka yang melalui proses penilaian bagi memastikan mereka cukup sesuai serta calon boleh menang bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata pergerakan itu menyasarkan kuota 30 peratus calon wanita dapat diketengahkan di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU14 kali ini.

Azizah, yang juga ahli Parlimen Beaufort, berkata penampilan lebih ramai calon bertanding PRU14 adalah tepat masanya kerana sayap wanita bekerja keras dalam mengukuhkan parti komponen BN.

Pada PRU13 lepas, BN meletakkan calon wanita paling ramai iaitu 22 orang bagi kerusi Parlimen dan 49 orang di DUN. Daripada jumlah itu, calon wanita BN menang 13 kerusi Parlimen dan 27 kerusi DUN.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0