Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Dakwaan jenayah seks, polis akan soal siasat pembantu ADUN

13 Julai 2017 2:35
42 0
Dakwaan jenayah seks, polis akan soal siasat pembantu ADUN

Polis telah mengesahkan bahawa seorang suspek, yang dikatakan ahli sebuah parti politik, akan dipanggil untuk disoal siasat hari ini berhubung dakwaan jenayah seks yang didakwa membabitkan seorang pelayan di sebuah tempat letak kereta di Lebuh Pantai, George Town.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata suspek akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana didakwa mencabul kehormatan wanita itu pada 6 Julai.

Difahamkan bahawa suspek kini bertugas sebagai pembantu khas kepada seorang ADUN di Pulau Pinang.

Mangsa berusia 21 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai mengenai kejadian itu pada 7 Julai.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0