Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Dadah RM6.2 juta dirampas, 12 ditahan di JB

15 Julai 2017 6:02
25 0
Dadah RM6.2 juta dirampas, 12 ditahan di JB

Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM6.2 juta dan menahan 12 individu dipercayai anggota sindiket memproses dadah dalam lima serbuan sekitar bandaraya Johor Bahru pada hari Isnin lepas (10 Julai).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata turut dirampas dalam serbuan itu sebutir bom tangan, empat pucuk pistol dan 140 butir peluru.

Beliau berkata serbuan di kawasan Perling, Larkin dan Bandar Dato' Onn itu membabitkan penahanan 12 individu terdiri daripada lima lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Singapura, seorang lelaki warga Vietnam, empat wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam dipercayai anggota sindiket pemprosesan dadah.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 dan 58 tahun. Hasil siasatan juga mendapati terdapat pelbagai jenis dadah yang diproses oleh sindiket itu antaranya syabu, ketamin dan kokain yang dipercayai dijual bagi pasaran Indonesia dan Singapura," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Nilai sitaan harta dianggarkan sebanyak RM620,000 termasuk pelbagai wang tunai bernilai RM57,000, tujuh buah kenderaan, tujuh utas jam tangan dan pelbagai jenis barang kemas.

Sumber: malaysiakini.com

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0