Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Bayi atas kerusi lobi hospital

02 Julai 2017 4:50
18 0
Bayi atas kerusi lobi hospital

BAYI masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemui di atas kerusi lobi poliklinik di Hospital Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah, berkata bayi perempuan itu ditemui pengawal keselamatan berusia 52 tahun di hospital itu, 9.30 malam tadi.

Katanya, turut ditemui bersama bayi adalah beg biru mengandungi set lampin pakai buang serta pakaian dan tuala bayi.

"Bayi berkenaan masih hidup ketika ditemui dan tali pusat mangsa sudah dipotong namun belum diikat," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata bayi berkenaan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

"Polis meminta orang awam atau individu berkenaan yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya tampil menyalurkan maklumat di ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0