Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Asnaf Dun Chembong terima perhatian PAS

14 Januari 2018 12:45
174 0

Diketuai Pengerusinya, Masita Mohamed Ali, program tersebut turut disertai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Chembong, Nazri Yusof serta beberapa pimpinan lain.

Ziarah tersebut bertumpu kepada menyampaikan sumbangan untuk beberapa keluarga asnaf, antaranya pesakit , Zuraida Mohamed di Kampung Tanjung, Sena Hilir.

Ibu tunggal itu masih menyara tiga anak yang sedang bersekolah berusia antara 8 hingga 15 tahun setelah hilang tempat pergantungan hidup sejak kematian suami tahun lalu.

Keluarga itu kini tinggal di rumah pusaka arwah suami disamping menerima sumbangan saudara mara dan insan-insan prihatin sekeliling mereka.

Sumber: harakahdaily.net

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0