Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Ameerah Batu Sapi anjur 'Tutorial Make-up'

13 Februari 2018 1:38
19 0

: Amerah Kawasan Batu Sapi buat julung kalinya menganjurkan program Tutorial Make-up bertempat di PASTI Sa'ad Abi Waqqas, Taman Po Hing, di sini 10 Februari lalu.

Program bertemakan "Beautiful in You" ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para muslimah mengenai tatacara berhias dalam Islam mengikut garis panduan yang diharuskan.

Pengarah Ameerah Negeri Sabah, Laila Ismail menjelaskan, setiap wanita ingin kelihatan cantik lebih-lebih lagi di hadapan suami, namun syariat mengajarkan panduan yang diharusnya agar para muslimah tetap bersederhana dalam berhias.

"Sebagai muslimah, kita wajib untuk mencari ilmu mengenai cara-cara berhias dalam Islam agar tidak tergolong dalam kalangan kaum yang tabarruj (berlebihan dalam berhias)," katanya lagi.

Beliau berasa sangat teruja apabila sempat menjadi model dalam aktiviti yang dilakukan.

Para peserta yang hadir juga tidak ketinggalan mempraktikkan ilmu diajar, malahan mereka berbesar hati jika program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.

Sumber: harakahdaily.net

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0