Receive up-to-the-minute news updates on the hottest topics with NewsHub. Install now.

Adun bimbang janji projek sekadar umpan PRU

14 Disember 2017 5:01
491 0
Adun bimbang janji projek sekadar umpan PRU

Perlis diharap tidak menjanjikan projek pembangunan sekadar mahu menagih simpati rakyat pada pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, banyak perancangan projek besar disebut Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Perlis 208 Selasa lepas.

“Saya bimbang apa yang disebut pada ucapan Bajet 2018 hanya sekadar janji untuk menarik simpati rakyat terus mengundi Umno dan Barisan Nasional,” katanya pada persidangan Dun semalam.

Selasa lepas Datuk Seri Azlan Man berkata, beberapa projek besar akan dilaksana di Perlis termasuk Projek Koridor Maritim Perlis di Kuala Sanglang.

Sumber: harakahdaily.net

Kongsi dalam rangkaian sosial:

Comments - 0